2. di kaitkan dengan pelaziman klasik. Pavlov mendapat satu

2. PROSES PEMBELAJARAN Proses pembelajaran adalah suatu proses dimana perubahan sikap berlaku kesan daripada mengamalkan sesuatu pembelajaran atau mempelajarinya daripada pengalaman. Ia bersifat kekal dan perubahan sikap dalam jangka masa panjang. Sebuah pepatah Inggeris juga ada mengatakan ” pengalaman adalah guru terbaik” menggambarkan sesuatu benda juga dipelajari melalui pengalaman seseorang. Teori tersebut dikenali sebagai behavourisme atau teori kelakuan yang cuba mengkaji sifat manusia dan juga haiwan. Teori itu beranggapan bahawa manusia mahupun haiwan akan memberi respon terhadap sesuatu rangsangan dalam menentukan kelakuan. Ia juga boleh disebabkan oleh sesuatu pengalaman yang berbentuk pengukuhan yang menjanjikan pulangan ataupun hukuman yang meninggal satu kesan sejarah terhadap individu tersebut. Hal ini akan mengubah kelakuan seseorang dan bersifat kekal.Behaviorisme tergolong dalam proses pembelajaran yang mana manusia ataupun haiwan yang bertindakbalas terhadap sesuatu perkara akan menyesuaikan diri terhadap ransangan terrsebut dan melihat sesuatu perkara itu secara berbeza. Ia juga akan mengadaptasi perkara itu dalam kehidupan seharian. Ia dikenali sebagai oriental reflex. PELAZIMAN KLASIK ( IVAN PAVLOV)Terdapat beberapa teori pembelajaran yang diketengahkan oleh tokoh seperti Ivan Pavlov yang mengetengahkan teori pelaziman klasik. Teori ini mengetengahkan bahawa ransangan pertama akan menghasilkan tindakbalas semulajadi terhadap sesuatu subjek manakala yang kedua tidak bertindakbalas secara semulajadi. Bagaimanapun apabila ransangan ini dijalankan bersama-sama secara berterusan, satu titik tindakbalas akan berlaku pada ransangan kedua.Teori ini dapat dibuktikan berdasarkan uji kaji yang telah dijalankan oleh Ivan Pavlov terhadap air liur anjing. Idea terhadap ujikaji ini  telah timbul secara tidak sengaja sewaktu Pavlov mengurung anjingnya di dalam makmal untuk sebuah ujikaji lain. Pavlov telah mendapati anjingnya akan mengeluarkan air liur apabila Pavlov masuk ke bilik berkenaan walaupun pada waktu itu dia tidak membawa makanan bersama. Pavlov telah mendapat anggapan bahawa anjingnya telah mengaitkan bunyi tapak kakinya dengan makanan sehingga membuatnya menghasilkan air liur.Bunyi tapak kaki Pavlov yang menyebabkan anjingnya menghasilkan air liur di kaitkan dengan pelaziman klasik. Pavlov mendapat satu idea supaya anjingnya menghasilkan air liur terhadap bunyi loceng yang mana pada waktu itu ia tidak merangsang anjingnya untuk menghasilkan air liur. Dalam kes ini makanan di kaitkan sebagai ransangan tanpa syarat dan menyebabkan anjing itu mengeluarkan air liur. Tindak balas anjing terhadap makanan dikenali sebagai tindak balas tanpa syarat. Loceng yang dibunyikan oleh Pavlov dalam proses pembelajaran anjing tersebut dikenali sebagai ransangan neutral kerana anjing tidak terangsang terhadap bunyi yang dihasilkan oleh loceng. Pavlov telah meletakkan makanan dan bunyi loceng serentak berulang-ulang kali sehingga pada satu tahap Pavlov mendapati anjingnya mula mengeluarkan air liur walaupun hanya dengan bunyi loceng semata-mata. Pada tahap ini loceng yang pada awalnya di kategorikan sebagai ransangan neutral telah bertukar menjadi ransangan tanpa syarat. Ini membuktikan pembelajaran yang berterusan dan perlakuan yang berulang-ulang telah membuatkan anjing memberi ransangan terhadap sesuatu benda yang bersifat neutral dan perubahan ini adalah suatu perubahan yang berbentuk kekal.PELAZIMAN OPERAN (B. F. SKINNER)B. F. Skinner ialah seorang lagi tokoh behaviorisme yang berjaya mengetengahkan teorinya iaitu pelaziman operan. Pelaziman operan berpendapat bahawa manusia mahupun haiwan akan mengubah sikapnya apabila dipujuk dengan diberikan tawaran berupa ganjaran terhadap sesuatu. Hal berikut juga memberi pelajaran terhadap manusia mahupun haiwan melalui akibat dari tingkah laku. Berdasarkan hujah diatas, hal ini dapat dilihat dalam ujikaji yang dijalankan oleh B. F. Skinner terhadap tikus yang diletakkan di dalam sebuah kotak yang mempunyai tuil, bekas makanan dan dispenser makanan yang tertutup. Apabila tikus tersebut bergerak di dalam kotak tersebut secara tiba-tiba ia terlanggar tuil secara tidak sengaja dan menyebabkan makanan keluar dari ruang penyimpan makanan dan masuk ke dalam mangkuk. Selepas beberapa perlakuan yang tidak disengajakan tersebut, tikus mendapat satu pembelajaran dimana setiap kali tuil dilanggar, ia akan menyebabkan makanan dari ruang penyimpan jatuh ke dalam mangkuk. Ia menyebabkan tikus akan berterusan melakukan hal tersebut untuk mendapatkan ganjaran.Pelaziman operan boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu pengukuhan dan hukuman. Kategori ini dapat dibahagikan kepada sama ada bersifat positif mahupun negatif. Pengukuhan adalah sesuatu perkara yang mampu memperkukuhkan perubahan kelakuan seseorang. Pengukuhan secara positif bermaksud pertambahan rangsangan yang memberi kesan terhadap perunbahan pelakuan tersebut. Hal ini dapat dirujuk di dalam ujikaji Skinner terhadap tikus yang mempelajari tuil harus ditekan bagi mendapatkan makanan.Pengukuhan juga boleh bersifat negatif iaitu satu perlakuan dimana rangsangan yang tidak menyenangkan diletakkan di dalam satu situasi. Ransangan berikut bagaimanapun akan memaksa seseorang untuk mengubah sikap supaya ransangan yang tidak menyenangkan tersebut dapat dihapuskan. Pelaziman operan juga berbentuk hukuman yang mana ia boleh berlaku secara positif mahupun negatif. Hukuman positif bermaksud pertambahan rangsangan yang tidak meyenangkan ke dalam sesuatu situasi. Ia juga boleh bersifat negatif dimana rangsangan yang berbentuk suatu ganjaran ditarik semula dari situasi jika perubahan kelakuan tidak berlaku.OBSERVATIONAL LEARNING ( BANDURA)Bagaimanapun seorang lagi tokoh dalam pengkajian tingkah laku iaitu Bandura mempunyai pendapat bahawa tidak semua pembelajaran dalam kehidupan seharian memerlukan ganjaran.  Beliau berpendapat pembelajaran secara pemerhatian juga tidak kurang pentingnya kerana melalui pemerhatian juga adaptasi realiti kehidupan lebih mudah diadaptasi. Ia boleh dilakukan dengan cara atau langkah memerhati, meniru atau menghafal perbuatan tersebut, melakukan perbuatan tersebut dan merasa bermotivasi jika sesuatu yang kita lakukan itu berjaya.Kajian tersebut telah dibuktikan melalui kajian terhadap patung bobo dimana seorang ayah berkelakuan secara agresif dengan menumbuk patung tersebut sambil diperhatikan oleh anaknya. Anaknya telah mengikut perlakuan tersebut. Bagaimanapun atas kelakuan agresif model tersebut dia dihukum. Model mempelajari sesuatu dari tindakan agresif tersebut tetapi tidak mencuba untuk meniru perlakuan itu kerana takut dihukum. Ini adalah contoh pembelajaran laten.Apabila perubahan sikap telah berlaku dari proses pembelajaran dan melakukan sesuatu benda secara berulang-ulang maka kita tidak akan berasa kekok lagi untuk melakukan perkara tersebut kerana ia telah menjadi sebahagian dari habit. PROSES PEMBELAJARAN DALAM KEHIDUPAN  NYATADalam situasi kehidupan nyata sebagai seorang pekerja, saya haruslah sentiasa bersiap siaga dengan pelbagai arahan yang diberi daripada majikan contohnya arahan untuk berpindah ke tempat kerja yang baru diluar negara. Dalam hal ini arahan di kategorikan sebagai ransangan manakala perlakuan saya bersetuju untuk berpindah keluar negara adalah satu tindak balas. Untuk berpindah ke empat lain lebih-lebih lagi keluar negara bukanlah suatu perkara yang mudah. Saya pasti akan mula merasa takut atau ragu-ragu untuk berhadapan dengan situasi di luar negara dan di tempat kerja yang baru. Hal ini terjadi atas tindak balas emosi saya. Pada satu sisi lain, persetujuan saya untuk keluar negara sudah tentunya akan diberikan ganjaran. Hal demikian dapat dikaitkan dengan pendekatan pengukuhan secara positif dimana saya di beri ransangan berupa ganjaran contohnya kenaikan gaji, kenaikan jawatan ataupun diberi penghargaan dan secara tidak langsung ia dapat membuatkan saya mengubah sikap. Hal ini dipanggil pengukuhan positif dimana suatu ganjaran diberi untuk memberi rangsangan pada perubahan sikap tersebut. Walau bagaimanapun jika saya tidak mengikut arahan yang telah diberi berkemungkinan pastinya saya akan dibuang kerja atau prestasi saya terjejas dan hal ini merujuk kepada hukuman secara negatif. Oleh demikian saya harus memaksa diri saya untuk mempelajari cara bagaimana untuk menyesuaikan diri saya terhadap kehidupan seharian di dalam organisasi mahupun komuniti. CARA ATAU LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENYESUAIKAN DIRI Berdasarkan teori- teori yang telah dikemukakan diatas, untuk menyesuaikan diri, kita haruslah mempelajari adat dan budaya sesuatu tempat tersebut supaya tidak melanggar norma-norma kehidupan masyarakat setempat. Contohnya, di Melbourne terdapat kemudahan seperti BBQ pit yang perlu dibersihkan setiap kali selepas digunakan. Berdasarkan pemerhatian terhadap budaya tersebut kita sepatutnya mempelajari bahawa hal tersebut wajib dilakukan bersesuaian dengan budaya masyarakat setempat. Kita dengan tidak sengaja akan meniru perlakuan tersebut supaya tindakan kita tidak bercanggah dan dapat diterima oleh masyarakat setempat. Oleh yang demikian penerimaan yg diberi oleh komuniti dapat memberi kita motivasi untuk melakukan hal tersebut berulang kali pada masa akan datang. Jika berpindah ke negara yang beriklim sejuk sudah tentunya ia bukan suatu perkara yang mudah kerana kita sudah terbiasa dengan iklim tropika di Malaysia. Perubahan tersebut memungkin tahap kesihatan kita merosot pada awalnya. Selepas beberapa tempoh badan kita akan membiasakan diri dengan situasi tersebut dan iklim atau cuaca tidak akan menjadi satu masalah yang besar lagi buat kita. Mungkin agak sukar pada awalnya tetapi Pavlov telah membuktikan pembelajaran terhadap sesuatu perkara asing secara berterusan mampu mengubah sikap seseorang dengan mengubah rangsangan neutral kepada rangsangan tanpa syarat di mana badan kita akan bertindak balas secara positif, daripada iklim di Malaysia kepada iklim semasa.Sesebuah negara mempunyai Bahasa dan gaya pertuturan yang berbeza. Sebagai seorang yang baru masuk kedalam komuniti lain, pembelajaran Bahasa dan gaya pertuturan negara tersebut adalah penting. Ini kerana komunikasi adalah hal terpenting untuk membina jaringan yang baik di dalam komuniti. Komunikasi yang Berjaya juga membolehkan kita menjalinkan hubungan sosial dengan lebih baik. Cara komunikasi ini lama kelamaan kan menjadi habit dan kita tidak kan kekok untuk bersosial.Setiap negara mempunyai undang-undang yang tersendiri. Adalah sangat penting untuk kita mempelajari dan mengikuti undang-undang yang telah ditetapkan oleh sesebuah negara untuk mengelakkan kita menghadapi sebarang masalah kelak. Dalam teori kelakuan, penguatkuasaan undang-undang yang dijalankan oleh sesebuah negara boleh dikaitkan dengan hukuman secara negatif dimana hukuman akan menghalang kita untuk melakukan sesuatu di luar batas. Ia dapat dilihat dengan contoh kita harus mengetahui dan mengenalpasti undang-undang jalan raya negara tersebut. Jika tidak sudah tentunya kita akan berhadapan dengan tindakan undang-undang.  Di dalam organisasi kita boleh menyesuaikan diri dengan menbina hubungan yang baik sesama rakan sekerja, menerima idea dan pandangan orang lain dan juga melibatkan diri dalam apa jua bidang kerja seperti melibatkan diri dalam membuat keputusan. Kita juga boleh bertukar pengalaman di antara satu sama dan memahami cara kerja di dalam organisasi baru tersebut. Pemerhatian dan peniruan perlakuan boleh diambil kira dalam proses ini supaya kita dapat menyesuaikan diri dengan lebih cepat.Oleh yang sedemikian, penyesuaian diri dalam situasi baru bukanlah suatu perkara yang mustahil kerana proses pembelajaran yang berterusan boleh mengubah sikap seseorang supaya menjadi tidak asing dan kemudian menjadi habit. Ia juga dapat megubah cara seseorang berfikir dan cara seseorang melihat sesuatu perkara dari sudut yang lain.